Want your
own Fotopage?








 
Rudin's FotoPage

By: Rudin Kidam

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[Archive]
Saturday, 3-Feb-2007 15:41 Email | Share | | Bookmark
Hal ehwal Nasi Tupang ...

Imej Kelantan hanya wanita yang berniaga itu tidak betul
Sebenarnya bila bab niaga gender (jantina) bukan penentu
Khabarnya ada dua taukey tersohor
Kiranya "fast food" di zaman dulu
Enak dimakan bersama "etok"
Disudahi dengan "ketupat dakap" sebagai dessert
Yang sebenarnya bila sampai bab bercerita tentang makanan Kelantan, saya tidak tahu di mana nak mula dan kalau mula, di mana nak habis cerita. Bagi saya terlalu banyak makanan Kelantan yang unik. Kalau tidak nama yang unik, rasa yang unik. Paling tidak pun, persembahan/gubahan yang unik.

Nasi tupang (sebut Kelantan, nasi tupe) adalah sejenis "fast food" Kelantan yang unik. Malah makanan ini adalah terlalu istimewa, hinggakan kalau di Kelantan sekali pun, ia hanya dijual di Kota Bharu, khususnya di Pasar Kubang Pasu. Rasanya, bak kata Inggeris ... is an acquired taste.

Mengikut cerita "Mek Yah" yang komennya boleh dibaca dalam posting tentang Pasar Kubang Pasu, nasi tupang asalnya ialah santapan di Raja. Dan saya rasa cerita Mek Yah ini ada kebenarannya kerana setahu saya, nasi tupang adalah satu bentuk "creative cookery" di kalangan "mak-mak datin" asal Kelantan di Kuala Lumpur yang selalunya dimasak untuk impress sahabat handai atau pun untuk occassion "one upwomanship.".


kawe pernah make nasi tupe ni... sekali duo jah bakali.. lamo doh... tapi kalu 'ketupat dakap' ni.. hok nenek kawe buat meme sedap... ish, tgk gamba2 ni sero nok kelik cepat2 jah.. nak cari nasi tupe jugok la...

apa pun, tahniah rudin buat FP pasal klate ni... ni 1st time kawe jenguk FP ni... teruskan usaha murni anda..
Mon 14-May-2007 01:18
Posted by:sis_aflah
abe rudin kito ni bilo nok updatenyo Sat 2-Jun-2007 09:41
Posted by:pendita
dimanakah sy boleh mendapatkan bahan rujukan untuk mengkaji dan promosikan keistimewaan nasi tumpang dan mengapa nasi ini diberi nama nasi tumpang...javascript:smilie(''); Thu 27-Jan-2011 17:52
Posted by:tiey
View all 8 comments Add comment


Thursday, 21-Dec-2006 16:41 Email | Share | | Bookmark
Putu Halba dan Tengkujuh

Masih banyak di sepanjang jalan ke Kg Laut
Pengukus yang unik
Ubi kayu parut dan manisan kelapa (gula melaka)
Seni yang semakin pupus
Raja segala putu
Putu halba panas, angin, hujan dan ombak
View all 8 photos...
Putu halba, setahu saya, hanya ada di Kelantan. Itu pun hanya di musim tengkujuh. Walaupun sedap, malah raja segala putu, kuih ini sudah semakin pupus. Hanya ada lagi dibuat orang di kawasan Wakaf Bahru menuju ke Kampung Laut.

Ramuan utama hanya ubi kayu parut dan gula melaka (manisan kelapa). Dicicah kelapa parut basah.

Mengapa hanya di musim tengkujuh? Sebab lazimnya pada musim ini ubi kayu dituai untuk dijadikan makanan sampingan bertujuan menjimatkan beras.

Ubi kayu rebus atau bakar. Di makan bersama kelapa parut dicampur gula dan sedikit garam. Ikan tambang kering dan pulut. Ahhhhh. Ini satu cerita lain pula.

putu halba sedap wes...
ubi kayu makey denge nyior parut pun beh huje2 neh..
Fri 22-Dec-2006 10:32
Posted by:ctredzuan~~  - [Link]
Putu halba makanan org tua. Kata mak rasanya tak sedap. Org muda takkan suka. Tp itulah makanan feveret bapak sedara kami. Dia pun org lama. Putu halba memang makanan tradisi. Fri 21-Sep-2007 15:05
Posted by:ma  - [Link]
mok sedaro PCB pun buat jugok putu halba ni.sdp tp ambo xberehi mano. Fri 28-Dec-2007 02:43
Posted by:Nasir
View all 4 comments Add comment


Thursday, 14-Dec-2006 12:08 Email | Share | | Bookmark
Lama Tidak Ke Pasar Kubang Pasu

Hari ini Kota Bahru cerah walaupun musim tengkujuh
Maka teringat nak ke Kubang Pasu
Agaknya di sinilah bermula sejarah Kota Bharu
View all 9 photos...

carilaa adik nik wei sampai jupo deh.. biasanya hari jumaat jah mekyah bulih gi pasar kube pasu. tu pun kalu takdok program lain. mekyah dah tulih awal2 lagi aziz tokey kuih muih tu saing satu sekolah dgn mekyah dulu . tapi kalu tanyo dia mano so mekyah , pah bilo tok jupo ..nama samaran jah mekyah tu Wed 14-Mar-2007 13:02
Posted by:mekyah
Kuih2 jual pasar ni alik pagi jah ko? cepat ko habis? nak g cari akok etek....rajin make sekali, dia kt beli pasar nih.....sedaaaap.....pastu ngide nak makan pulok nih.... Sat 14-Jan-2012 23:58
Posted by:Sha
Soho jugok pasar kube pasu deh..Mokcik satey tu cik anum..sihak lagi dio deh..poklie jual nyoir x dok dale gambar ko? Thu 19-Jan-2012 06:38
Posted by:Ghani
View all 10 comments Add comment


Wednesday, 13-Dec-2006 10:49 Email | Share | | Bookmark
Sebentar di Kota Bharu Mall

Permandangan rutin di Kelantan
Lebih kurang di tempat lain
Setengah orang kata ekonomi Kelantan lembab
View all 7 photos...

Tahniah sapo kato kelate tok hebatnyo...ambo bangoo weii Wed 13-Dec-2006 19:44
Posted by:aureanayz  - [Link]
baguh demo buat fp lagu nih..banyokkey lagi tunjuk2 negeri kelate.. Wed 13-Dec-2006 20:23
Posted by:unnamed
Tabik sama MPKB_lah. McDonald's dlm tulisan jawi. Kat Cina bukan takat menu dlm tulisan cina nama french fries dan BigMc pun tukar.



http://www.mcdonalds.com.cn/
Thu 14-Dec-2006 18:10
Posted by:Din McNik aka Din Mekanik
Add comment


Tuesday, 12-Dec-2006 07:08 Email | Share | | Bookmark
Wanita Kelantan

Amnya punyai prinsip yang teguh
Tapi hak "gelnya" pun ada
Hak menyamar pun ramai
View all 8 photos...

nice pics here.. keep it up... Tue 12-Dec-2006 16:13
Posted by:isfann  - [Link]
haha, bagus! Gambar iklan DiGi dan Celcom tue, memang dah berniat nak ambil masa balik Kelantan hari tue, tapi dia kamera dalam kereta masa tue! Boleh saya guna gambar tu? Tue 12-Dec-2006 18:24
Posted by:mudin001  - [Link]
kedai yg jual tudung tu sokmo kita gi, hehehe.. Fri 22-Dec-2006 10:43
Posted by:ctredzuan~~  - [Link]
Add comment


Tuesday, 12-Dec-2006 06:29 Email | Share | | Bookmark
Nilai Kelantan -- Masih Tradisional, Tetapi Terkemaskini

Islam adalah teras
Masjid masih dihormati
Berniaga masih keutamaan
View all 6 photos...

unik negeri kelate nie...ambo bangga jadi anak kelate Sun 7-Jan-2007 17:56
Posted by:snot  - [Link]
Add comment


Tuesday, 12-Dec-2006 06:05 Email | Share | | Bookmark
Masih Selesa & Masi Berbeza

Masih di situ seperti dulu
Masih lagi toleran
Masih lagi selesa
View all 6 photos...
Ambians Kota Bharu ibu negeri, masih lagi seperti yang saya kenal dulu.

Add comment


Tuesday, 12-Dec-2006 05:35 Email | Share | | Bookmark
SELAMAT DATANG & SELAMAT BERKENALAN

TG Nik Aziz MB Mengalu-alukan Pelawat
Masih banyak yang boleh dinostalgiakan
Seperti biasa Kelantan banyak inovasi dan keunikan
View all 6 photos...
Disember 12, 2006. Hari ini akhirnya saya berjaya juga memulakan halaman pertama hasrat terpendam saya selama ini -- menceritakan tentang Kelantan dari perspektif saya kepada dunia.

Dan saya pun bertanya pada diri saya sendiri -- What, took you so long? Pada hal bende semesek jah.

mungkin Rudin masih ingat ada satu gambar diletakkan di cabang empat tunjung-wakaf che yeh , yakni gambar sekumpulan lelaki muda dan tua berkain pelikat bersolat jemaah(seruan mendirikan soalat) tapi gambar tu dah tak ada sekarang . Dari sumber yg boleh dipercayai , Dato' MB TG Nik Abdul Aziz memberi idea supaya gambar tu diubah supaya ada gambar lelaki dan perempuan sedang bersolat jemaah bukan sahaja dgn berbaju melayu dan berkain pelikat malah dgn kot, kemeja malah apa saja pakaian yg menutup aurat, kerana solat boleh dilakukan di mana2 bila masuk waktunya.
mekyah menunggu iklan tu dinaikkan dan rudin masukkan ke fotopages ni..boleh?
Wed 13-Dec-2006 11:23
Posted by:mekyah cabe pat (FGR forumer)
teruskan usaha murni nie rudin..ambo sokong

http://salampantaitimur.com/
Sun 7-Jan-2007 17:58
Posted by:snot  - [Link]
Add comment


[Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

fpxen1.pidgintech.com